Sunway Circuit Iskandar Puteri : Bakal Gegarkan Asia Tenggara

10 Jul 2025 • 3:17 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Sunway City Iskandar Puteri bakal mencipta sejarah apabila memperkenalkan Sunway Circuit, sebuah litar lumba bertaraf antarabangsa yang kini hampir siap dibina. Terletak di kawasan strategik berdekatan sempadan Johor–Singapura, projek mega ini dijangka menjadi antara pusat sukan permotoran paling moden di Asia Tenggara.

image is not available

Dengan panjang trek utama mencecah 4.5 kilometer, litar ini direka oleh firma terkenal Hermann Tilke, yang turut bertanggungjawab membina beberapa litar F1 dunia termasuk Sepang dan Circuit of the Americas. Trek ini bakal memenuhi piawaian FIA Grade 1 dan FIM Grade A, sekali gus membuka ruang penganjuran perlumbaan F1, MotoGP, dan kejohanan antarabangsa lain.

image is not available

Selain itu, Sunway Circuit turut merangkumi trek karting profesional sepanjang 1.5 km, laluan hill climb, kawasan 4×4 off-road, dan advance driving park yang sesuai untuk latihan keselamatan dan pemanduan berprestasi tinggi. Infrastruktur sokongan seperti pit bangunan, hospitality suite, ruang media dan paddock juga disediakan mengikut standard antarabangsa.

Menariknya, pembinaan trek ini adalah sebahagian daripada pembangunan menyeluruh Sunway City Iskandar Puteri, yang turut menekankan elemen pelancongan, gaya hidup dan komuniti. Dengan kedudukannya yang hanya 10 minit dari Second Link Singapura dan akses mudah ke Lapangan Terbang Senai, trek ini bakal menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

Sunway Circuit dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun 2025. Dengan kemudahan bertaraf dunia dan reka bentuk moden, ia berpotensi menjadi ikon baharu sukan permotoran Malaysia serta mercu tanda bagi Johor dalam industri pelancongan sukan.

Teruskan bersama TW Media..!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved