Sunway Construction raih kontrak RM260 juta bagi fasa 3 projek pusat data di Johor

LocalBusiness & Finance
21 May 2025 • 9:33 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sunway Construction raih kontrak RM260 juta bagi fasa 3 projek pusat data di Johor

image is not available

21/05/2025 - 09:33

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 21 Mei – Sunway Construction Group Bhd (SunCon) memperoleh kontrak bernilai RM260 juta bagi fasa ketiga dan terakhir bagi projek pembangunan pusat data di Johor dan dijangka siap pada Mac 2026.

Kontrak tersebut diberikan kepada anak syarikat milik penuh SunCon, Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB) selepas penerimaan surat anugerah daripada K2 Strategic Infrastructure Malaysia Sdn Bhd.

Sebelum ini, SCSB telah melaksanakan kerja-kerja bagi pakej kontraktor am Fasa 1 dan Fasa 2 yang diterima pada 10 Februari 2025.

Nilai keseluruhan projek dihadkan RM392.70 juta, dengan Fasa 3 merangkumi RM260 juta daripada jumlah tersebut.

Menurut syarikat, projek tersebut dijangka menyumbang ke arah positif kepada pendapatan kumpulan bermula tahun kewangan berakhir 2025.- DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved