Super El Nino: Kebakaran hutan meningkat, 62 lokasi dikenal pasti berisiko berlaku kebakaran besar - JBPM

LocalEnvironment
18 Aug 2026 • 11:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Super El Nino: Kebakaran hutan meningkat,  62 lokasi dikenal pasti berisiko berlaku kebakaran besar - JBPM
Nor Hisham.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18,432 kes kebakaran hutan, belukar dan sampah direkodkan di seluruh negara dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, jumlah itu meningkat berbanding 9,941 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu,

"Manakala sebanyak 16,294 panggilan kes kebakaran hutan, belukar dan sampah direkodkan bagi tempoh sama pada 2024," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perasmian Hub Kemahiran Kebombaan di di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Selasa.

Nor Hisham berkata, pemantauan turut dilakukan secara khusus di 183 lokasi di seluruh negara yang dikenal pasti terdedah kepada kebakaran terbuka berdasarkan rekod lima tahun lalu.

"Selain itu, sebanyak 62 lokasi turut dikenal pasti berisiko berlaku kebakaran berskala besar membabitkan kawasan melebihi 25 hektar.

“Lokasi ini dipantau rapat bagi mengelakkan pengulangan di lokasi sama dan sekiranya berlaku, kita mahu elakkan kebakaran merebak dengan cepat," katanya.

Dalam pada itu, Nor Hisham memaklumkan pihaknya turut memberi perhatian terhadap persediaan menghadapi perubahan cuaca yang dijangka memberi kesan kepada Malaysia susulan fenomena Super El Nino.

"Persiapan awal sedang dilakukan dengan mengambil kira unjuran cuaca, termasuk kesan Super El Nino yang dijangka berlaku di Pasifik pada November dan impaknya mula dirasai di Malaysia sekitar minggu ketiga atau keempat Januari tahun depan.

“Baru-baru ini kita ada kolaborasi dengan beberapa agensi untuk melihat bagaimana persiapan dapat diperkukuhkan melalui integrasi tindakan secara bersama,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved