Super El Nino: 62 hot spot risiko kebakaran besar, Sarawak dalam ‘radar’

LocalEnvironment
18 Aug 2026 • 2:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Super El Nino: 62 hot spot risiko kebakaran besar, Sarawak dalam ‘radar’

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 62 hot spot (titik panas) di seluruh negara yang berpotensi berlaku kebakaran besar membabitkan kawasan melebihi 25 hektar.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, selain itu terdapat 183 lokasi lagi turut berada dalam ‘radar’ JBPM berdasarkan rekod kes kebakaran dalam tempoh lima tahun lalu.

Jelas beliau, trend kebakaran berskala besar ketika ini banyak berlaku di Sarawak, manakala di Semenanjung Malaysia, kebanyakan kes yang direkodkan bersifat lebih kecil dan masih mampu ditangani pasukan bomba.

“Trend kebakaran yang besar banyak berlaku di Sarawak. Dalam masa sama, kita tidak menolak di Semenanjung juga berlaku banyak kes, cuma kebanyakannya bersifat agak kecil dan masih boleh kita tangani.

“Namun, jumlahnya meningkat dan ini merupakan cabaran kepada bomba dan kami akan terus pantau kedua-dua kategori ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Perasmian Hub Kemahiran Kebombaan (HKK) JBPM di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, sebanyak 18,432 kes kebakaran terbuka direkodkan bagi tempoh Januari hingga Julai lalu.

Nor Hisham berkata, jumlah itu melebihi jumlah keseluruhan kes pada 2025 yang merekodkan sebanyak 9,941 kes dengan peningkatan 8,491 kes atau 85.4 peratus.

Malah, ia juga melepasi jumlah keseluruhan direkodkan pada 2024 iaitu 16,294 kes. – KOSMO! ONLINE

The post Super El Nino: 62 hot spot risiko kebakaran besar, Sarawak dalam ‘radar’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved