Super El Nino: Petani Sabah dinasihat tidak buka kawasan baru

LocalEnvironment
27 Aug 2026 • 5:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Super El Nino: Petani Sabah dinasihat tidak buka kawasan baru

Kota Kinabalu: Petani di Sabah dinasihatkan tidak membuka kawasan pertanian baharu sepanjang tempoh fenomena ‘Super’ El Nino yang dijangka berlaku dari September ini sehingga Januari tahun depan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata kementeriannya sudah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menghadapi fenomena itu susulan jangkaan cuaca panas dan kemarau berpanjangan.

“Kementerian juga menerima taklimat daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) Negeri Sabah minggu lalu berhubung keadaan cuaca yang dijangka memberi kesan kepada sektor pertanian.

“Untuk tempoh empat hingga lima bulan ini kita nasihatkan para petani supaya tidak membuka kawasan pertanian baharu.

“Mereka disaran menumpukan usaha menambah sumber air di kebun masing-masing selain mengelakkan pembakaran terbuka,” katanya ketika ditemui ketika rakaman program  Influencer@Japen Sabah, pada Rabu.

Jamawi berkata sektor pertanian, perikanan dan penternakan dijangka mengalami sedikit gangguan sekiranya cuaca panas berpanjangan.

Sehubungan itu, beliau meminta pengusaha sektor berkenaan mendapatkan nasihat daripada pegawai kementerian di peringkat daerah.

“Berhubunglah dengan pegawai kementerian untuk mendapatkan panduan mengenai langkah mengurangkan kesan El Nino terhadap perusahaan, perniagaan atau tanaman yang diusahakan,” ujarnya.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat rasmi MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat terkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved