Surat kelulusan projek pelebaran Lebuh Raya Plus adalah palsu

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 2:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Surat kelulusan projek pelebaran Lebuh Raya Plus adalah palsu

PETALING JAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuh Raya Plus.

PMO dalam kenyataan hari ini menegaskan surat berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan atau ditandatangani oleh Perdana Menteri.

“Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat tersebut dan Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen berkenaan.

PMO turut memaklumkan laporan polis telah dibuat berhubung pemalsuan dokumen, selain penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri.

“Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Surat kelulusan projek pelebaran Lebuh Raya Plus adalah palsu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved