Surat kelulusan projek PFI pelebaran PLUS palsu

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 2:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Surat kelulusan projek PFI pelebaran PLUS palsu
PMO menegaskan surat yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya Utara Selatan adalah palsu.

PUTRAJAYA – Surat yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya Utara Selatan adalah palsu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan pada Rabu menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat bertarikh 17 Julai 2026 itu.

“Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa,” katanya pada Khamis.

Menurut PMO, laporan polis telah dibuat berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama dan Perdana Menteri serta identiti rasmi PMO.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.

PMO turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved