Surat tawaran kepada 31,600 bakal baji dikeluarkan 21 September

LocalBusiness & Finance
9 Sep 2026 • 4:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Surat tawaran kepada 31,600 bakal baji dikeluarkan 21 September

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji secara berperingkat kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim 1448H/2027M bermula 21 September ini.

TH dalam kenyataan hari ini mengingatkan bakal jemaah terpilih supaya memastikan baki simpanan dalam akaun institusi berkenaan sekurang-kurangnya RM15,000 bagi melayakkan diri menerima surat tawaran tersebut, selain wajib lulus pemeriksaan kesihatan.

Selain itu, TH akan menganjurkan Kursus Asas Haji di lebih 200 masjid di seluruh negara mulai 25 Sept bagi membantu bakal jemaah membuat persediaan ilmu sebelum menunaikan ibadah haji dan bakal haji.

“Bakal haji dinasihatkan supaya mengemas kini maklumat peribadi dan membuat semakan giliran melalui THiJARI atau cawangan TH terdekat,” menurut kenyataan itu.

TH turut memaklumkan bahawa pengesahan awal kuota rasmi sebanyak 31,600 jemaah oleh Kerajaan Arab Saudi memberi ruang seluasnya kepada bakal jemaah merancang persediaan kewangan, kesihatan dan kefahaman ilmu selaras dengan konsep istito’ah (kemampuan).

Bagi musim haji 1448H/2027M, TH mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang serta kadar Bayaran Haji bagi jemaah Muassasah untuk tahun keempat berturut-turut meskipun berdepan tekanan inflasi, ketidaktentuan ekonomi global serta peningkatan kos perkhidmatan di Tanah Suci.

Mengenai kuota rasmi, Abdul Rasid berkata pengesahan awal berkenaan memberi ruang seluasnya kepada bakal jemaah merancang persediaan kewangan, kesihatan dan kefahaman ilmu mengikut konsep istito’ah (kemampuan).

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad berkata hampir 90 peratus daripada kos haji adalah berkaitan penginapan, penerbangan, dan perkhidmatan di Tanah Suci.

“TH berjaya mengekalkan kos haji dengan mengekang kenaikan kos penerbangan melalui kontrak jangka panjang selama lima tahun bagi mengawal risiko ketidaktentuan harga demi kepentingan jemaah. Cabaran besar kini adalah peningkatan harga dan kos pembekalan minyak susulan konflik Timur Tengah,” katanya. – BERNAMA

The post Surat tawaran kepada 31,600 bakal baji dikeluarkan 21 September appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved