Kos Haji 2027 bagi musim haji 1448H/2027M dikekalkan pada kadar RM33,300 seorang jemaah Muassasah, sama seperti tahun lalu.
Bayaran Haji 2027 turut kekal bagi semua kumpulan B40 (RM15,000), M40 (RM23,500) dan T20 (RM33,300).
Bagi membantu jemaah B40 dan M40, Tabung Haji memperuntukkan RM210 juta melalui Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) Bersasar bagi meringankan beban kewangan bakal haji.

Kenyataan Media Menteri Agama

Apa itu Kos Haji
Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji.
Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.
Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.


Bayaran Kos Haji 2027 Bagi B40
Bakal jemaah haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM15,000 daripada jumlah kos penuh RM33,300. Ini bermakna Tabung Haji (TH) menanggung RM17,300 melalui Bantuan Kewangan Haji, manakala kerajaan turut memberi bantuan tambahan RM1,000 bagi setiap jemaah B40.
Secara keseluruhan, B40 hanya membayar 45% daripada kos sebenar, manakala baki 55% ditanggung oleh TH dan kerajaan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat menunaikan haji tanpa beban kewangan yang berat.
Bayaran Kos Haji 2027 Bagi M40
Untuk kumpulan M40, bayaran haji yang dikenakan ialah RM23,500, iaitu 71% daripada kos penuh RM33,300.
TH menanggung baki RM9,800 (29%) melalui Bantuan Kewangan Haji. Bantuan ini disediakan untuk membantu golongan pertengahan yang masih memerlukan sokongan kewangan bagi menampung kos perjalanan dan penginapan di Tanah Suci.
Bayaran Kos Haji 2027 Bagi T20
Bagi jemaah kumpulan T20, tiada bantuan kewangan disediakan. Mereka perlu membayar penuh kos haji RM33,300 seorang, sejajar dengan konsep istito’ah (kemampuan) yang diamalkan Tabung Haji sejak 2022.
Kumpulan ini dianggap mampu menanggung sendiri kos ibadah haji tanpa subsidi, supaya bantuan TH dapat disalurkan secara bersasar kepada golongan yang lebih memerlukan.
Semakan Surat Tawaran Haji 2027 / Rayuan
Surat tawaran haji kepada bakal jemaah bagi musim haji 1448H/2027M akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai September 2026.
Rayuan Haji
RAYUAN HAJI 2027 akan dibuka secara ONLINE melalui THIJARI. Tarikh rayuan dibuka akan dimaklumkan dan TH akan menilai berdasarkan beberapa kriteria seperti:
- tempoh pendaftaran haji,
- umur,
- purata baki simpanan dalam akaun TH, dan
- kekerapan permohonan rayuan
Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Haji
Untuk makluman, bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.
Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).
Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Ahli KWSP
- Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
- Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
- Berumur kurang 55 tahun

Soalan Lazim Kos Haji 2027
1. Adakah kos haji untuk tahun 2027 meningkat?Tidak. Kos Haji bagi jemaah Muassasah untuk musim haji 1448H/2027M dikekalkan sama seperti tahun sebelumnya, iaitu RM33,300 seorang.
2. Apakah kadar bayaran haji bagi setiap kumpulan pendapatan?Tabung Haji mengekalkan kadar bayaran haji mengikut kumpulan seperti berikut:
Bantuan kewangan haji diberikan kepada bakal jemaah haji kumpulan B40 dan M40 yang terpilih menunaikan haji melalui Tabung Haji. Kumpulan T20 tidak menerima bantuan dan perlu membayar kos penuh RM33,300.
Bantuan dilaksanakan secara bersasar mengikut konsep istito’ah, iaitu kemampuan seseorang untuk menunaikan haji. Langkah ini juga membantu mengekalkan kelestarian kewangan TH serta memberi keutamaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
5. Apakah bentuk bantuan tambahan daripada kerajaan?Kerajaan Malaysia mengekalkan bantuan khas RM1,000 bagi setiap jemaah kumpulan B40, sebagai tambahan kepada bantuan TH.
6. Bilakah surat tawaran haji akan dikeluarkan?Surat tawaran haji akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai September 2026
7. Jika tidak menerima surat tawaran, bolehkah membuat rayuan?Ya. Rayuan boleh dibuat melalui platform THiJARI. TH akan menilai berdasarkan kriteria seperti:
-Tempoh pendaftaran haji,
-Umur,
-Purata baki simpanan di TH, dan
-Kekerapan permohonan rayuan.
Bakal jemaah perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun TH bagi melayakkan diri menerima tawaran atau membuat rayuan haji.
TH melaksanakan langkah strategik seperti:
– Tempahan awal dan kontrak jangka panjang bagi penginapan di Makkah dan Madinah,
– Penyewaan bangunan moden untuk keselesaan jemaah, dan
– Pemeterian kontrak penerbangan selama lima tahun bagi mengawal ketidaktentuan harga.
Bantuan kewangan haji mula diperkenalkan sejak tahun 2001.
11. Siapa golongan B40, M40 dan T20 yang ditetapkan oleh Tabung Haji?Kumpulan B40 – Terdiri daripada mereka yang menerima bantuan Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah.
Kumpulan M40 – Berpendapatan kurang RM15,000 sebulan dan tidak menerima bantuan Kerajaan.
Kumpulan T20 – Berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini dan perincian lebih lanjut tentang kos haji 2027 dan tawaran bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH), sila rujuk pautan di pautan berita penuh: https://www.tabunghaji.gov.my/bm/kos-haji-dan-bayaran.
- Facebook rasmi : Tabung Haji
- Laman web rasmi : https://www.tabunghaji.gov.my/
Baca juga: Senarai PJH 2027 – Tabung Haji Lantik 33 Syarikat Pengelola Jemaah Haji






