‘Susah dah nak percaya sebab selalu prank je’ – Ruhainies gayakan busana putih seperti busana kahwin, tarik perhatian netizen

Entertainment
20 Dec 2023 • 9:23 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kisah pelakon wanita ini sering menjadi perhatian ramai. Selain lakonan, kisah peribadi Ruhainies ditunggu-tunggu peminatnya.

Siapakah teman istimewa dan bilakah Ruhainies bakal menamatkan zaman bujangnya seringkali menjadi persoalan ramai apatah lagi bila melihat pelakon yang mula dikenali menerusi drama Hello Mr Perfect! itu lebih banyak berahsia.

Hantaran di Instagram bagaimanapun mengundang kejutan apabila kelihatan Ruhainies cuba memperagakan busana putih yang direka oleh Fiziwoo. Tampak senyuman terukir di wajahnya melihat busana tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada busana tersebut akan digunakan semasa majlis perkahwinannya atau mungkin digunakan untuk sesebuah acara.

Namun, netizen menyatakan seolah sudah tidak percaya dan menyatakan video tersebut hanyalah konten semata.

“Susah dah nak percaya sebab selalu prank je,” kata netizen.

“Ruhainies ni aku penat kena gula-gula, betul ke tak ni?” Soal netizen lain.

Sumber: fiziwoo