Susan Lankester raih kemenangan aktres terbaik Asian Academy Creative Awards 2024 

LocalEntertainment
29 Sep 2024 • 5:14 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon veteran, Susan Lankester, memenangi Pemenang National (National Winner) bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi Kreatif Asia(AACA) 2024.

Kemenangan berkenaan merupakan hasil karya persembahan beliau yang memegang watak sebagai Aileen Choo dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza.

Perkara berkenaan dikongsikan beliau menerusi Instagram.

Dalam hantaran berkenaan juga, beliau berterima kasih kepada rakan-rakan pelakon dan juga kru yang telah membantunya dalam menjayakan watak sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga orang menerusi filem tersebut.

“Terima kasih kepada The Choos – Chew Kin Wah, Pauline Tan, Wilson Lee dan Fabian Loo. Saya sayang anda semua.

“Dan terutama sekali, terima kasih tidak terhingga kepada Raintown Crew kerana menjadikan filem ini sebagai satu naskhah lengkap.

“Dan juga di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami di dalam dan luar set. Saya bangga dengan anda semua,” tulisnya.

Filem Rain Town yang diterbitkan oleh Current Pictures merupakan sebuah filem yang menyentuh hubungan kekeluargaan yang semakin merenggang serta mempunyai pergelutan emosi ahlinya.

Choo, seorang bapa yang sering campur tangan dalam kehidupan peribadi tiga anaknya yang sudah dewasa, dan akhirnya membawa kepada konflik apabila isterinya Aileen, mengalami kemalangan.