Suspek Curi Kereta Sempat Ceroboh Rumah Orang, Kurung Penghuni Dalam Bilik Sebelum Diberkas Polis

5 Jun 2024 • 4:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suspek yang kini sedang tular mencuri kereta di sebuah stesen minyak di Kuantan baru-baru ini dikatakan hanya sempat tidur dalam 2 jam selepas menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis di Karak, sebelum ditahan oleh pihak polis.

Suspek dikatakan meninggalkan kereta Honda City di Pekan Karak dan menumpang orang awam untuk ke Kampung Chinta Manis sebelum ke rumah sepasang suami isteri bersama 3 orang anak itu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, hasil maklumat awam mengenai kes pencerobohan rumah, satu serbuan telah dilakukan di rumah tersebut pada pukul 12.45 malam ketika suspek yang berusia 40 tahun itu sedang tidur di ruang tamu rumah.

image is not available

“Berdasarkan keterangan pemilik rumah pada pukul 10 malam suspek datang ke rumah berkenaan dan terus masuk ke dalam rumah.

“Suspek kemudian mengurung penghuni rumah dalam sebuah bilik dan suspek telah tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi polis.”

Menurut sumber, suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah adalah bekas banduan yang baru dibebaskan.

Sebelum ini, tular satu video memperlihatkan suspek membawa lari sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak dengan seorang warga emas dilaporkan terperangkap di dalam kenderaan itu, sebelum membebaskan mangsa 300 meter dari lokasi kejadian.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.