Suspek kes bakar isteri didakwa

16 Feb 2024 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Suspek kes bakar isteri hingga mati di Kampung Tingalan, Sook baru-baru ini, didakwa membunuh di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Patersius Juliteh @ Julit, 50.

Patersius didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh isterinya Sansiah Tinggian, 41, di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Tingalan, Sook pada jam 11 malam 2 Februari lalu.

Pertuduhan dibaca oleh Timbalan Pendakwa Raya Euginie Meredith Gilbert di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Keningau Marlina Ibrahim.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Kes akan disebut semula pada 14 Mac ini selepas menerima laporan bedah siasat dan kimia.

Tertuduh ditahan lanjut di bawah Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Terdahulu, tertuduh yang berpakaian lokap polis berwarna ungu tanpa menutup muka dan diringi dua pegawai polis, tiba di mahkamah kira-kira jam 10 pagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.