Suunto Run 2 Dilancarkan Dengan Fokus Maraton Dan Bateri 10 Hari

TechnologySports
9 Sep 2026 • 4:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suunto Run 2 Dilancarkan Dengan Fokus Maraton Dan Bateri 10 Hari

Suunto secara rasmi melancarkan Suunto Run 2 iaitu jam tangan pintar generasi baharu yang direka khusus untuk pelari maraton. Model ini hadir dengan beberapa peningkatan utama termasuk paparan yang lebih jelas, jangka hayat bateri lebih lama serta sensor lebih tepat bagi menyokong prestasi larian.

Image from: Suunto Run 2 Dilancarkan Dengan Fokus Maraton Dan Bateri 10 Hari

Suunto Run 2 hadir dengan tubuh yang nipis dan ringan dengan berat hanya 35 gram serta ketebalan 11.7 milimeter. Ia dilengkapi dengan skrin AMOLED berukuran 1.32 inci yang menawarkan kecerahan puncak 2000 nits iaitu tiga kali lebih terang berbanding model sebelumnya. Jam tangan ini turut menggunakan sensor canggih dengan 12 saluran baharu yang memberikan bacaan lebih tepat termasuk semasa latihan intensif.

Image from: Suunto Run 2 Dilancarkan Dengan Fokus Maraton Dan Bateri 10 Hari

Selain itu, Suunto Run 2 menawarkan pelbagai fungsi latihan pintar yang direka untuk menyokong keperluan pelari pada setiap tahap. Energy Sense membolehkan pengguna menilai tahap tenaga semasa berbanding kapasiti baki, manakala Live Finish Prediction memberikan anggaran masa tamat berdasarkan kelajuan semasa. Training Plan pula membantu pelari mencapai sasaran tertentu seperti maraton bawah empat jam. Marathon Mode hadir dengan ciri Ghost Runner serta pelbagai sokongan untuk fokus perlumbaan yang direka bagi membantu pelari mengekalkan prestasi terbaik sepanjang sesi latihan dan pertandingan.

Image from: Suunto Run 2 Dilancarkan Dengan Fokus Maraton Dan Bateri 10 Hari

Suunto Run 2 turut menerima peningkatan pada sistem navigasi dengan sokongan sensor GNSS dwi-jalur (L1 dan L5) yang lebih tepat. Ia menyokong rangkaian GPS, GLONASS, Galileo, BeiDou dan QZSS. Dalam masa yang sama, pengguna boleh memuat turun peta global secara percuma untuk digunakan secara terus daripada jam tangan di mana sesuatu yang berguna bagi larian di bandar mahupun di laluan denai.

Image from: Suunto Run 2 Dilancarkan Dengan Fokus Maraton Dan Bateri 10 Hari

Kapasiti bateri yang disediakan membolehkan penggunaan harian sehingga sekitar 10 hari atau sehingga seharian apabila GNSS dwi-jalur diaktifkan. Dari segi hiburan Suunto Run 2 menyokong simpanan muzik dan podsiar yang boleh dimainkan menggunakan aksesori audio. Harga jualan ditetapkan pada AUD 249 (~RM732) namun tarikh pelancaran di Malaysia masih belum dapat dipastikan.

Sumber – Suunto Run 2

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved