SUV bawa sembilan migran Myanmar terbabas dikejar polis

24 Nov 2026 • 9:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUV bawa sembilan migran Myanmar terbabas dikejar polis

SHAH ALAM, 24 NOV: Cubaan seorang lelaki melarikan diri daripada polis dengan membawa sembilan migran warga Myanmar gagal apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas di Kampung Alor Pasir, Tanah Merah, kelmarin.

Kejadian berlaku selepas Hyundai Santa Fe berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melakukan rondaan di sekitar Kampung Repek, Pasir Mas kira-kira jam 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata pemandu terbabit bertindak memecut sebaik menyedari kehadiran anggota polis.

“Apabila menyedari kehadiran pihak polis, pemandu kenderaan bertindak memecut bagi melarikan diri sehingga ke Kampung Alor Pasir.

“Bagaimanapun, kenderaan terbabas berhampiran sebuah rumah di tepi jalan di kampung berkenaan,” katanya dalam kenyataan, lapor Harian Metro.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati SUV itu dipandu lelaki berusia 34 tahun bersama sembilan migran warga Myanmar yang berada di bahagian penumpang.

Beliau berkata migran terbabit terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki berusia antara 18 hingga 47 tahun yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah ketika diperiksa.

Semakan lanjut mendapati pemandu kenderaan berkenaan mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan kes narkotik selain tiga rekod jenayah.

“Polis turut merampas Hyundai Santa Fe, sebuah telefon bimbit dan satu unit kunci kereta. Semua tangkapan dan barang rampasan dibawa untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Haki berkata kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved