SUV Hilang Kawalan, Terjatuh Gaung Di Cameron Highlands

24 Feb 2026 • 5:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua individu mengalami kecederaan selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter berhampiran Boh Tea Centre, Cameron Highlands pada petang Isnin.

image is not available

Menurut laporan Sinar Harian, berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cameron Highlands, SUV itu membawa lima penumpang termasuk pemandu.

image is not available

Dua penumpang yang cedera terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita dewasa.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands menjalankan operasi menyelamat menggunakan pengusung untuk membawa mangsa naik ke tempat selamat,” katanya melalui hantaran di Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands.

image is not available

Menurut hantaran itu lagi, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke pihak kesihatan bagi menerima rawatan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian (Nik Amirulmumin Nik Min)

The post SUV Hilang Kawalan, Terjatuh Gaung Di Cameron Highlands appeared first on Borak Daily.