“Suzy Bagi Ke Tu?” – Dah Lama Putus, Lee Dongwook & Suzy Didakwa Sudah Kembali Bersama Dek Persamaan Ini?

13 Feb 2024 • 1:39 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat ni memang ‘mata tajam’ betul kan dengan apa sahaja persamaan yang ada antara selebriti kesayangan mereka.

Baru-baru ini, satu hantaran telah dikongsi di laman TikTok, mengenai persamaan antara bekas pasangan kekasih iaitu Lee Dong-wook dan Suzy.

Khususnya sebelum ini, Suzy pernah memuat naik foto ketika sesi pembacaan skrip drama barunya “Everything Will Come True”, dengan beberapa pek jeli Haribo yang dilihat di dalam gambar tersebut.

Kemudian pada beberapa hari yang lepas, Lee Dong-wook juga telah berkongsi foto di sebalik tabir penggambaran “A Shop For Killers” di Instagram, memaparkan visualnya yang mengagumkan.

image is not available

Namun perkara lain yang menarik perhatian adalah, pek jeli dari jenama yang sama seperti di hantaran Suzy, turut diselitkan di bahagian poket seluarnya.

Memandangkan kedua selebriti itu pernah menjalinkan hubungan sebelum ini, netizen rata-rata teruja melihat ‘persamaan’ antara mereka meskipun ramai yang menganggap ia hanyalah kebetulan semata-mata.

Eh eh eh..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.