Suzy Bakal Berkahwin Dengan CEO Pemilik Produk Kecantikan? – “Nak Kena Marah Besar”

EntertainmentLifestyle
29 Aug 2025 • 6:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon popular, Suzy, sekali lagi menjadi perhatian selepas timbul khabar angin mendakwa dia bakal berkahwin.

Baru-baru ini, sebuah komuniti dalam talian mendakwa Suzy sudah bertunang dengan CEO syarikat produk kecantikan, APR INC yang bernama Kim Byung-hoon dan kononnya pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi. Cerita itu pantas tersebar di media sosial, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi tentang identiti individu berkenaan.

image is not available

Namun, Presiden Management SOOP, Kim Jang-kyun, tampil menafikan perkara tersebut. Menerusi Instagram, dia menulis,

Kalau anda tersebar khabar angin tidak berasas, bersedialah untuk kena marah besar.

Dalam perkembangan lain, Suzy bakal muncul menerusi siri fantasi romantik original Netflix berjudul ‘Genie, Make a Wish’ yang dijadual tayang pada 3 Oktober.

image is not available 2025-08-25 15:41:52

Promosi Koleksi Terbaru Perniagaan Pakaian Dalam Miliknya, Song Jihyo Tampil Seksi - "Meledak"