‘Swap Paling Berbaloi’, Individu Tukar Proton Wira Dengan iPhone 14 Pro Max

14 Aug 2023 • 9:14 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular di Facebook pertukaran Proton Wira dan iPhone 14 pro max, swap paling terbaik setakat ini

Swap Paling Berbaloi, Individu Tukar Proton Wira Dengan iPhone 14 Pro Max. Baru-baru ini, satu hantaran menjadi tular apabila seorang individu berjaya menukarkan atau ‘swap’ sebuah kereta Proton Wira dengan iPhone 14 Pro Max miliknya.

Menerusi kumpulan iPhone Malaysia Group, seorang ahli bernama Wak Atok menceritakan kisah menakjubkan bagaimana iPhone 14 Pro Max dengan storan 256GB miliknya berjaya didagangkan atau ditukar kepada sebuah kereta Proton Wira dengan enjin 1,600cc.

Menurut sumber, difahamkan bahawa dia melakukan ‘swap’ ini dengan pemilik kereta atas dasar suka sama suka. Dalam pasaran semasa, iPhone 14 Pro Max dengan storan 256GB berharga RM6,299, manakala Wira 1.6 berharga lebih kurang RM4,000 dan ke atas.

image is not available
Sumber: facebook

Sementara itu, dia juga mendakwa telah menukar nama geran dan menjadi pemilik baharu. Menurut gambar yang dikongsikan, kereta itu kelihatan dalam keadaan baik.

Warganet turut bersetuju dengan pertukaran yang berbaloi itu

Dipercayai hantaran itu telah meraih perhatian ramai, yang mana majoriti bersetuju bahawa ini adalah pertukaran paling berbaloi dan terbaik yang pernah mereka dengar setakat ini.

Wira 1.6 ini bukan sahaja boleh dipandu, malah ia juga dipercayai popular di pasaran, dengan kenaikan harganya kian melonjak.

image is not available
Sumber: facebook

Ramai yang ingin menukar iphone mereka dengan kereta atau motosikal

Dalam pada itu, sejak hantaran itu dikongsi, ramai yang lain telah memikirkan sama ada iPhone mereka boleh ditukar kepada kereta atau motosikal, seperti yang dilakukan oleh individu itu.

Baca juga artikel yang berkaitan: