Swiatek azam aksi terbaik

6 Sep 2022 • 9:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Swiatek - foto SportsKeeda

PEMAIN nombor satu dunia yang juga pilihan pertama, Iga Swiatek mahu memberikan aksi terbaik dalam saingan suku akhir Tenis Terbuka Amerika Syarikat (US Open) apabila berdepan pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula, pada Khamis.

Kata Swiatek, dia tidak mahu mengulangi aksi hambar ketika berhempas pulas menewaskan pemain bukan pilihan Jule Niemeier 2-6 6-4 6-1, Selasa lalu.

“Menentang Niemeier agak ‘menakutkan’ saya kerana dia jelas memberikan aksi terbaik malah menewaskan saya di set pertama.

“Mujurlah saya mampu menyerap tekanan dan menewaskannya di dua set berikutnya...Ia satu perlawanan sukar. Oleh itu, saya tidak mahu mengulangi kesilapan sama dan memberikan fokus berdepan Pegula di suku akhir nanti,” katanya.

Swiatek yang juga juara Terbuka Perancis 2022 turut berazam melangkah lebih jauh pada kejohanan kali ini sekali gus meraih gelaran Grand Slam keduanya.

Sementara itu, Pegula yang juga pemain nombor lapan dunia ketika ini berharap dapat meneruskan momentum kemenangan ketika berdepan Swiatek.

Pemain berusia 28 tahun itu mahu memberikan aksi terbaik ketika berdepan Swiatek dan melangkah ke separuh akhir.

“Saya telah menewaskan bekas juara Wimbledon, (Petra) Kvitova, sebelum ini dan semakin yakin dengan permainan saya.

“Oleh itu, saya semakin yakin untuk mencatatkan kejayaan berdepan Swiatek dan mara ke separuh akhir kali ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved