
Kalau terlalu ghairah dengan promosi sekalipun, jangan sampai menindas orang lain. Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini satu jenama kopi terkenal ada membuat satu promosi beli satu percuma satu, pastinya ia akan membuatkan ramai rasa teruja termasuklah wanita ini.
Namun, rasa teruja berubah menjadi hampa apabila dia kena hadap sikap sekumpulan manusia yang dilabelkan seperti tiada common sense.
Meleret depan kaunter sampai habis promo
Ketika wanita ini tiba di kedai kopi berjenama ketika promosi itu diadakan, dia mengatakan bahawa kira-kira dalam 40 orang ada di hadapannya sedang berbincang menu yang bakal ditempah.
Dia yang sampai sekitar jam 11.35 malam menunggu sehingga pukul 11.50 malam dan dia masih menunggu kerana perbincangan mereka sangat lama dan hanya satu kaunter sahaja dibuka.
Penat menunggu, dia menjelaskan bahawa salah seorang daripada mereka perasan bahawa dia sudah membuat satu reaksi yang kurang selesa tetapi tidak diendahkan.

“Diaorang masih bincang, yang seorang ini dah nampak aku buat muka, tapi masih buat tak tahu dan sambung bincang depan kaunter.”
Apabila gilirannya tiba sekitar jam 11.55 malam, pembayaran yang dibuat menerusi kad debit gagal dan perlu menunggu sehingga jam 12.30 malam.
“11.55 pm, sampai giliran aku, aku terus order. Sebab memang dah fikir dah menu apa, terus swipe tup-tup decline, terpaksa lah tunggu 12.30 pm.”
“Nak pergi ATM memang dah tutup lah semua, kesian pula suami dan anak-anak tunggu dalam kereta. Jadi tunggu lah kejap sampai 12.30 pm. Tapi staff diaorang cakap memang dah tak dapat promo tu, cuma dapat kurang 20% je.”
Wanita ini rasa hampa kerana beratur hampir setengah jam tapi tidak dapat menikmati promosi itu dek kerana sikap manusia yang tidak ada common sense ini.
Disebabkan itu, wanita ini berpesan kepada orang ramai agar fikir siap-siap menu apa yang mahu dibeli untuk elakkan daripada mengambil masa yang lama.

“Kat sini aku nak ingatkan, tolongla fikir siap-siap nak order menu apa, janganlah sampai kaunter beru nak order apa. Please lah ada common sense, orang lain terkejar nak tunggu beli, masa tu lah kau baru nak fikir menu apa, haihh…”
Lebih teruk lagi, ada sesetengah orang di situ gelakkan dia kerana terlepas peluang itu. Video ini telah meraih 108K jumlah tontonan dalam masa satu hari, dia berharap agar jika video ini tular dan sampai ke pengetahuan individu terbabit, dia berharap agar tidak melakukan perkara ini kat orang lain.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

