Switzerland buru suspek tembakan ngeri di pesta rave

30 Aug 2026 • 4:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Switzerland buru suspek tembakan ngeri di pesta rave

GENEVA: Seorang maut manakala lima lagi cedera, termasuk beberapa daripadanya parah, dalam kejadian tembakan di sebuah pesta rave di utara Switzerland, menurut polis tempatan pada Ahad.

Polis segera melancarkan tindak balas berskala besar bagi mengesan suspek selepas kejadian itu berlaku di Aarau, utara Zurich.

“Usaha memburu pelaku, yang identitinya masih belum diketahui, sedang dijalankan,” kata polis dalam satu kenyataan di X, sambil menambah motif dan keadaan sebenar kejadian masih disiasat.

Wartawan AFP melihat anggota polis bersenjata dikerahkan di lebuh raya sehingga sejauh 30 kilometer dari lokasi kejadian.

Akhbar Switzerland, Blick, melaporkan di laman webnya tembakan dilepaskan sebelum pukul 3 pagi (waktu tempatan) di kawasan berhampiran Aarauer Rave.

Kira-kira 3,500 orang menghadiri pesta muzik tekno tahunan itu yang berlangsung dari pukul 3 petang Sabtu hingga 2 pagi Ahad (waktu tempatan).

Jurucakap polis, Vanessa Rumpold berkata, kejadian tembakan berlaku di litar lumba tempat acara berkenaan diadakan.

“Beberapa das tembakan dilepaskan dalam kalangan sekumpulan besar orang,” katanya.

Saksi memberitahu Blick, tembakan dilepaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ketika pesta rave masih berlangsung, menyebabkan ramai orang berlindung di sebuah gimnasium berhampiran. Pada mulanya, pengunjung menyangka bunyi tembakan itu adalah bunga api.

Seorang penduduk tempatan di Aarau memuat naik video di media sosial yang menunjukkan jalan-jalan lengang, dengan bunyi yang dipercayai beberapa das tembakan kedengaran di latarnya.

Laporan media menyebut sebuah helikopter tentera dikerahkan di ibu negeri Aargau, selain sejumlah besar anggota polis, petugas penyelamat dan pasukan perubatan.-AFP

The post Switzerland buru suspek tembakan ngeri di pesta rave appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved