Remaja maut, rakan parah motosikal kemalangan dengan kereta

30 Aug 2026 • 4:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja maut, rakan parah motosikal kemalangan dengan kereta

KOTA TINGGI – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 35 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi hari ini.

Mangsa, Shafiq Nazhiq Suradi, 18, merupakan pekerja kedai makan maut di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihak polis menerima makluman kejadian itu pada pukul 9.10 pagi melibatkan mangsa maut yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dengan sebuah Perodua Aruz.

​”Perodua Aruz dipandu seorang lelaki tempatan berumur 76 tahun, manakala Yamaha 135LC ditunggang mangsa bersama seorang pembonceng lelaki tempatan berumur 14 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Aruz hendak keluar simpang Bandar Mas, manakala motosikal di jalan lurus hala ke Bandar Penawar.

​”Akibat kemalangan itu pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan parah di kepala dan badan telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail. Manakala pemandu Perodua Aruz mengalami kecederaan retak pada bahu kanan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​Beliau berkata, mayat mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik HKT bagi tujuan prosedur siasatan dan kes masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja maut, rakan parah motosikal kemalangan dengan kereta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved