Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

LocalCars
19 Dec 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu,  berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP, apabila mencatatkan skor sebanyak 86.65 mata.

Difahamkan, Perodua Traz telah menjalani ujian itu pada  November lepas.

Berdasarkan kiraan skor, SUV Traz mencatatkan 38.57 mata daripada 40 mata keseluruhan dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP).

image is not available

Dalam perkembangan sama, ASEAN NCAP turut menyatakan bahawa B-SUV ini mampu memberikan perlindungan yang mencukupi kepada bahagian dada kedua-dua penumpang, dengan ruang kabin hadapan kekal stabil semasa ujian pelanggaran hadapan jenis offset.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, kategori Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) mencatatkan skor sebanyak 17.21 daripada 20 mata keseluruhan manakala kategori Keselamatan Motosikal (MS) pula 12.50 mata daripada 20 mata keseluruhan

Pencapaian ini adalah disebabkan Traz dilengkapi dengan  ciri keselamatan seperti  Pengesanan Titik Buta (Blind Spot Detection).

image is not available

Malah, pencapaian ini turut meletakkan B-SUV tersebut dalam kalangan model Perodua teratas yang berjaya memperoleh penarafan penuh lima bintang di bawah ujian pelanggaran ASEAN NCAP 2021–2025, sekali gus mengikut jejak langkah model berasaskan DNGA seperti Alza, Ativa dan QV-E.