Syafie Naswip Sah Tamatkan Zaman Bujangnya Dengan Gadis Pilihan Hatinya

Entertainment
23 Dec 2023 • 6:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Syafie Naswip Sah Tamatkan Zaman Bujangnya Dengan Gadis Pilihan Hatinya

Pelakon, Syafie Naswip sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Nur Afiqah Ishak dengan hanya sekali lafaz, hari ini.

Menurut Astro Gempak, pasangan itu telah selamat dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Sepang, Ustaz Mohammad Nazri Sobirin.

Pelakon filem popular ‘Mukhsin’ itu dikatakan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 pada Nur Afiqah dalam majlis pernikahan tersebut.

Selain itu, majlis pernikahan Syafie turut dipertontonkan kepada umum menerusi siaran langsung di akaun Instagram rasmi miliknya pada sebelah pagi tadi.

Siaran langsung majlis perkahwinan tersebut telah mendapat sekitar 1,500 tontonan.

Syafie dilihat segak menggayakan baju melayu berona putih, sedondon dengan pasangannya.

Terdahulu, Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Syafie Naswip telah memuat naik satu hantaran khas di akaun Instagram miliknya.

Dalam hantaran itu, beliau memberitahu akan membuat satu pengumuman khas pada hari ini.

Justeru, dengan berlangsungnya majlis perkahwinan sebentar tadi, maka terjawablah sudah intipati pengumuman khas yang hendak disampaikan pelakon itu.

Sumber: Astro Gempak