Ini Sebab Kenapa Syafie Naswip Rahsiakan Tarikh Pernikahan

23 Dec 2023 • 2:12 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Syafie Naswip mengakui seperti tidak percaya bahawa dirinya kini sudah pun memulakan fasa baharu sebagai seorang suami.

Menurut Syafie, rasa gementar masih lagi ada walaupun belahan jiwanya, Nur Afiqah Ishak kini sah bergelar isteri. 

“Perasaan saya selepas bernikah rasa macam tak percaya, sekarang masih seperti di awang-awangan, esok lusa mungkin okay.

“Tapi saya enjoy sahaja. Berbanding masa akad tadi rasa macam nak gugur jantung,” katanya.

Ditanya mengenai sebab merahsiakan hubungannya bersama isteri, Syafie berkata dia lebih selesa sekiranya perkara itu diketahui dalam kalangan keluarga terdekat.

“Sebab saya rasa makin saya besar, yang patut tahu tentang perkara ini adalah orang orang terdekat sahaja seperti keluarga, kawan-kawan rapat yang ada ketika susah senang,” ujarnya.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Sepang, Ustaz Mohammad Nazri Sobirin.

Majlis pernikahannya itu dipertontonkan kepada umum menerusi siaran langsung di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Syafie Naswip menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 pada majlis pernikahan tersebut.

Sekitar 1,500 penonton menyaksikan siaran langsung pernikahannya itu.

Terdahulu, Syafie memuat naik satu hantaran di Instagram memaklumkan satu pengumuman khas akan dilukan pada hari ini.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved