Syafie Naswip Tamatkan Zaman Bujang, Sah Bergelar Suami Kepada Afiqah Ishak

Entertainment
23 Dec 2023 • 1:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon yang popular dengan filem Mukhsin arahan Yasmin Ahmad, Syafie Naswip mengumumkan menerusi Instagram bahawa dia telah pun disatukan dengan wanita pilihannya, Afiqah Ishak dalam sebuah majlis akad nikah di Putrajaya pagi tadi.

Memetik laporan mStar, Syafie telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada wanita pilihannya ketika akad nikah tersebut.

image is not available

Pernikahan Syafie Naswip itu telah mengejutkan ramai peminat industri seni tanah air kerana dia tidak begitu menguarkan-uarkan tentang hubungan istimewanya dengan isterinya itu sebelum disatukan.

Dalam akad nikahnya yang disiarkan menerusi Instagram, Syafie Naswip dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membaca taklik kepada isterinya ketika majlis berlangsung.

Rata-rata peminat dan warganet juga mengucapkan tahniah kepada Syafie dan pasangannya atas rumah tangga yang baru dibina.

Selamat pengantin baru!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.