Penyanyi dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat menerima satu lagi pengiktirafan apabila dilantik sebagai Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Berita mengenai pelantikan tersebut dikongsikan menerusi hantaran di media sosial rasmi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Syafinaz Selamat, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ASWARA atas pelantikan sebagai Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).”
Pelantikan itu merupakan satu penghargaan terhadap sumbangan serta jasa Syafinaz dalam industri muzik tanah air sepanjang beberapa dekad penglibatannya.
Gambar AI Pula Jadi Perhatian
Bagaimanapun, di sebalik ucapan tahniah yang diberikan, gambar Syafinaz yang digunakan dalam hantaran berkenaan pula mencuri perhatian warganet.
Rata-rata mendakwa gambar tersebut kelihatan seperti dihasilkan atau diubah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga wajah penyanyi itu dikatakan kelihatan berbeza daripada rupa sebenarnya.
“Is that an AI picture? Ya ampun, contact la manager or PA dia bagi gambar proper sikit.”
Ada juga yang mempersoalkan penggunaan gambar sedemikian memandangkan ASWARA merupakan sebuah institusi yang cukup sinonim dengan bidang seni dan kreativiti.

“Lain sangat mukanya pun. Sedih betul ASWARA yang penuh dengan bakat seni dan ada program rekaan komunikasi visual pun sanggup guna gambar AI.”
Seorang lagi warganet secara berseloroh turut menyangka individu dalam gambar berkenaan sebagai orang lain kerana perubahan pada wajahnya.
“Syafinaz MacWilson ke Zahirah Selamat ni?”
Walaupun isu gambar tersebut menjadi perbualan, ruangan komen tetap dihujani ucapan tahniah buat Syafinaz atas pelantikan berprestij berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Harap Sis Kembali Ke Pangkal Jalan" - Swafoto Julia Farhana Pakai Tuala Separuh Badan Undang Perhatian Netizen
The post Syafinaz Selamat Dilantik Profesor Adjung Tersohor, Tapi Gambar AI Pula Jadi Perhatian – “Pemalas Nak Mamp*s.…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





