Syahmi tambah kilauan emas keenam Malaysia

30 Jul 2026 • 12:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Syahmi tambah kilauan emas keenam Malaysia

KUALA LUMPUR – Kem angkat berat terus muncul sebagai penyumbang utama pingat emas kontinjen negara di Sukan Komanwel Glasgow 2026 apabila Mohamad Syahmi Nor Ghazali menghadiahkan emas keenam Malaysia menerusi kemenangan bergaya dalam kategori 94 kilogram (kg) lelaki, hari ini.

Pada aksi di Scottish Event Campus Armadillo,
Syahmi menewaskan pencabar terdekatnya dari Kanada, Alex Bellemarre, dengan kelebihan hanya 1 kilogram (kg) selepas melakukan jumlah angkatan keseluruhan 347kg, hasil 150kg dalam snatch dan 197kg dalam clean and jerk.

Lebih manis, Syahmi mencipta rekod baharu temasya bagi disiplin clean and jerk selepas melakukan angkatan 197kg.

Image from: Syahmi tambah kilauan emas keenam Malaysia
Syahmi Nor Ghazali melengkapkan hari gemilang skuad angkat berat negara di pentas Sukan Komanwel. – MSN

Bellemarre terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila mengumpul 346kg menerusi angkatan 159kg dalam snatch dan 187kg dalam clean and jerk.

Atlet Australia, Oliver Riley Saxton terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa dengan jumlah angkatan keseluruhan 336kg (156kg snatch dan 180kg clean and jerk).

Kejayaan Syahmi turut mengesahkan angkat berat sebagai penyumbang utama emas Malaysia di Glasgow apabila menyumbang lima daripada enam pingat emas yang diraih kontinjen negara setakat ini.

Syahmi yang meraih pingat perak pada Sukan SEA 2025 itu kini menyertai senarai juara angkat berat negara bersama Mohamad Aniq Kasdan (60kg), Muhammad Aznil Bidin (65kg), Muhammad Erry Hidayat (79kg) dan Muhammad Hafizuddin Roslin (88kg).

Satu lagi emas Malaysia disumbangkan jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly yang mengungguli acara T20 lelaki.

Setakat ini, kontinjen negara mengumpul enam pingat emas, dua perak dan tiga gangsa, dengan sumbangan pingat turut hadir menerusi acara boling padang, powerlifting dan angkat berat. -KOSMO! ONLINE

The post Syahmi tambah kilauan emas keenam Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved