Syamimia Muat Naik Permohonan Maaf Di IG, Akui Kurang Peka Isu Palestin & Patung David

Entertainment
27 Oct 2023 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hampir dua minggu yang lepas, kecoh diperkatakan mengenai seorang influencer yang dikecam gara-gara memberi alasan mengapa dia tidak berkongsi mengenai isu yang menimpa Palestin.

Susulan isu tersebut, influencer berkenaan, Syamimia telah kehilangan lebih 200,000 jumlah pengikut dan dia menerima pelbagai kritikan daripada netizen termasuklah ada yang menegurnya berkenaan hiasan patung Appollo dan David yang diletakkan di rumah.

image is not available

Syamimia buat permohonan maaf di IG

Setelah berminggu isu itu menjadi perbualan ramai, hari ini, Syamimia menerusi Instagram telah memuat naik posting menyatakan permohonan maafnya atas apa yang terjadi.

Menurut perkongsian itu, Syamimia berkata, isu Palestin dan teguran mengenai patung David itu merupakan pengajaran terbesar dalam hidupnya, malah ia menjadikannya lebih peka terhadap isu semasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Syamimia (@syamimia_)

Saya bersama Palestine dan patung tersebut telah dilupuskan. Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.

“Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan,” katanya.

Syamimia juga sekali lagi memohon maaf sekihlasnya jika ada yang berkecil hati dengan tindakannya dan dia juga menyatakan bahawa tidak mempunyai niat untuk melukakan sesiapa.

“Everyone make mistakes… teguran tanda sayang”

Posting berkenaan telah menerima komen positif netizen yang memuji tindakan Syamimia dalam membuat permohonan maaf tersebut.

image is not available

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Syamimia ya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.