Syamimia Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Di Media Sosial Tapi Netizen Dakwa Dah Terlambat?

Entertainment
3 Nov 2023 • 4:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah ‘diboikot’ warga maya dan kehilangan ratusan ribu pengikut gara-gara tidak mahu berkongsi mengenai pergolakan di wilayah Gaza dalam media sosialnya, pempengaruh Syamimia kini dilihat tampil menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Syamimia memuat naik satu gambar bersama suami dan anaknya dengan slogan politik negara Palestin menerusi laman TikTok dan Instagram Storynya.

image is not available

“Dari sungai hingga segara, Palestine akan merdeka,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen di laman TikTok, hantaran tersebut dilihat telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen menyatakan tindakan Syamimia yang baru sahaja menyatakan sokongan dan solidaritinya kepada warga Palestin sebagai sudah terlambat selepas isu tersebut.

Walaupun ramai dilihat ‘memerli’ dia, namun ada juga yang memberikan semangat kepada pempengaruh itu dengan mengatakan bahawa tidak terlambat untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, ada juga yang menegur mereka agar tidak memanjangkan lagi isu tersebut memandangkan Syamimia sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka tempoh hari lalu.

image is not available image is not available

Terdahulu, Syamimia tampil membuat permohonan maaf buat kali kedua selepas jumlah pengikutnya sekitar 1.3 juta orang turun disebabkan ramai bertindak untuk unfollow kerana berkecil hati dengan tindakannya.

Marilah kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Yang baik buat tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.