Syamimia Unboxing Peti Sejuk Mahal, Ini Respons Wargamaya: “Dah Beli Yang Ori Pun Netizen Melalak”

13 Jun 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Masihkah anda ingat mengenai isu jenama peti sejuk yang digunakan oleh pempengaruh Syamimia suatu ketika dahulu sehingga mencetuskan kecaman dalam kalangan netizen?

Melihat kembali perkongsian video terdahulu, Syamimia berkongsi yang dia memiliki sebuah peti sejuk jenama antarabangsa Smeg, yang akhirnya mendedahkan peti sejuk tersebut bukanlah asli daripada jenama tersebut.

Peti sejuk mahal

Menurut Syamimia, peti sejuk tersebut adalah peti sejuk jenama lain yang dilekatkan tanda nama Smeg pada pintu hadapan bagi memimik jenama yang begitu popular dengan elemen and esetik retro.

Hari ini, Syamimia mampu tersenyum dan kayak berasa teruja serta bangga apabila dia kini memiliki peti ais jenama yang diidamkan.

image is not available

Sungguhpun begitu, ramai dalam kalangan netizen dilihat tidak berpuas hati dengan pembelian peti sejuk yang dikongsikan oleh Syamimia. Menerusi video yang dikongsikan semula di platform X, ramai yang mempersoalkan saiz peti sejuk tersebut yang dirasakan agak kecil bagi keluarga Syamimia.

image is not available

image is not available


image is not available

image is not available
Meninjau senarai harga Smeg, harga peti ais yang berasal dari Itali ini bermula pada harga RM15,000 selepas diskaun.

Sumber: Platform X

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.