Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

LocalEntertainment
5 Sep 2024 • 12:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
- Gambar fail

Pasangan kontroversi, Syamsul Yusof, 40, dan Ira Kazar, 29, sah bercerai talak satu hari ini.

Perkara ini disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor selepas mendapati wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap isterinya, Ira ketika masih bergelar suami isteri.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd Faizal Habis selepas dia menyemak segala dokumen yang difailkan oleh Ira pada 21 Ogos lalu.

Lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai dibuat oleh suami dengan meletakkan syarat taklik kepada sesuatu perbuatan. Jika isteri melanggar syarat terbabit, maka ia boleh menyebabkan jatuhnya talak.

Peguam syarie mewakili Ira, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik, sekali gus jatuh talak satu.

Sebelum ini, peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais mengesahkan pengarah itu sudah memfailkan permohonan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu dengan alasan mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan.

Syamsul dan Ira bernikah pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand tanpa pengetahuan keluarga dan Puteri Sarah yang ketika itu masih lagi isterinya.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – Getaran, 5 September 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved