Syamsul Yusof Saman Pihak JAWI RM10 Juta Kerana Sebar Kenyataan Palsu Mengenai Perkahwinannya

Entertainment
23 Dec 2022 • 8:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Syamsul Yusof menafikan bahawa dia telah berkahwin lain. - Gambar fail

Pengarah filem terkenal Syamsul Yusof telah menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM10 juta berikutan telah menyebarkan kenyataan tidak benar tentang dirinya.

Syamsul telah membuat pengumuman tentang tindakan samannya itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram.

"Saya saman pihak JAWI RM10 juta kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu pada keluarga saya bahawa saya telah berkahwin lagi. Ya, ia  fitnah," tulisnya dalam kenyataan itu.

Beberapa hari kebelakangan ini, kecoh berita mengenai perkahwinan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini bersama Ira Kazar yang merupakan anak kepada aktor popular, Kazar. 

Ini berikutan isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana telah berkongsi di Insta Story bahawa terdapat netizen yang telah memberitahunya bahawa Syamsul telah pun berkahwin dengan Ira Kazar. - Getaran, 23 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved