Syanie Hisham kecewa tiada tawaran berlakon

Entertainment
15 Aug 2026 • 9:31 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Syanie Hisham kecewa tiada tawaran berlakon

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syanie Hisham, 52, kecewa apabila tiada lagi produksi yang mahu mengambil dia berlakon drama dan filem.

Menurut Syanie, tambah sedih lagi apabila pengalaman lakonannya selama tiga dekad sia-sia dan tidak dihargai.

“Saya dalam industri ini sudah lebih tiga dekad, jadi memang sedih apabila tiada tawaran berlakon.

“Adakalanya saya tertanya, tak adakah perkara yang saya boleh buat untuk relevan dalam industri seni?” Katanya selepas sidang media astro 30 di TGV Pavilion, di sini baru-baru ini.

Syanie bagaimanapun menerima hakikat yang populariti pelakon, yang menjadi kayu ukur untuk melariskan drama dan filem, kini dinilai menerusi jumlah ‘followers’ media sosial.

“Saya kena terima hakikat yang sekarang ini orang menilai populariti melalui jumlah pengikut media sosial. Nak buat macam mana?

“Memang ralat. Tapi saya terima hakikat mungkin belum rezeki saya. Jika ada rezeki tak akan kemana,” ujarnya.

Pemilik nama sebenar Syaniza Hisham bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah dan berusaha mencari rezeki dalam bidang yang lain.

“Saya berehat di rumah, kadang kala sertai acara jualan. Ada masanya saya mengambil tempahan menghasilkan roti jala dan rendang. Saya buat perniagaan kecil-kecilan,” kongsinya. – UTUSAN

The post Syanie Hisham kecewa tiada tawaran berlakon appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved