Syarikat Astronomer Lantik Bekas Isteri Penyanyi Coldplay Sebagai Jurucakap Sementara Lepas Tular Skandal CEO & HR

Entertainment
27 Jul 2025 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial aksi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi data Astronomer memeluk rakan sekerja wanita yang merupakan pegawai Sumber Manusia atau Human Resources (HR) ketika konsert Coldplay menerusi kamera skrin gergasi di konsert berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila kedua-dua mereka telah mempunyai pasangan masing-masing. Susulan itu, CEO tersebut dilaporkan telah menyerahkan surat letak jawatan.

Terkini, syarikat Astronomer menerusi platform media sosial X dilihat telah melantik Gwyneth Paltrow iaitu bekas isteri penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin sebagai jurucakap sementara syarikat tersebut.

image is not available

Gwyneth Paltrow yang juga merupakan seorang pelakon telah dilantik untuk memegang jawatan berkenaan untuk menjawab segala persoalan daripada warganet berhubung kes tular CEO dan pegawai sumber manusia syarikat terbabit.

Anda boleh tonton video terbabit di sini.

Meskipun dalam video yang berdurasi selama seminit itu Gwyneth Paltrow tidak menjawab ‘persoalan’ yang diperkatakan itu, namun video tersebut dilihat berjaya menjadi ‘PR stunt‘ atau publisiti yang berjaya mengalih perhatian ramai daripada isu yang tular sebelum ini kepada promosi perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Astronomer.

Untuk pengetahuan semua, Chris Martin dan Gwyneth Paltrow berkahwin pada tahun 2003 sebelum bercerai pada 2016.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.