Syarikat bakal disaman kerana pekerja maut dihimpit lengan robotik

WorldTechnology
29 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Syarikat bakal disaman kerana pekerja maut dihimpit lengan robotik

WASHINGTON: Seorang juruteknik veteran maut selepas dihimpit oleh satu  lengan robotik ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kilang enjin milik gergasi automotif di Dundee, Mi­chigan.

Mangsa, Ronald Adams, 63, dmengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan lemas akibat tekanan berlebihan pada dada dalam kejadian yang berlaku pada April tahun lalu.

Menurut dokumen mahkamah baru-baru ini, penderitaan veteran Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) yang berpengalaman selama dua dekad di kilang tersebut bermula apabila beliau ditinggalkan berseorangan oleh dua rakan sekerjanya.

Dua rakannya itu  keluar berehat sewaktu kerja membaiki mesin pembersih komponen enjin dijalankan.

Sebaik sahaja rakan sejawatnya kembali beberapa minit kemudian, mereka mendapati tubuh Adams sudah terperangkap dan terhimpit di antara lengan robotik dan tali sawat. 

Pasukan perubatan  ber­­usaha mengeluarkan mangsa sebelum beliau dikejarkan ke hospital. Namun, beliau kemudian disahkan meninggal dunia.

Balu mangsa, Shamenia Stewart-Adams, telah mengemukakan saman ke atas syarikat itu atas dakwaan kelalaian dalam menyediakan aspek ke­selamatan yang sempurna di tempat kerja.

Tuntutan mahkamah itu mendakwa bahawa terdapat ‘kelemahan’ pa­da mekanisma keselamatan pada mesin.

Tindakan itu menye­babkan jentera ber­dekatan termasuk lengan robotik berkenaan tetap beroperasi dan bergerak walaupun zon kerja belum berada dalam mod selamat sekali gus meng­akibatkan kemalangan. – AGENSI

The post Syarikat bakal disaman kerana pekerja maut dihimpit lengan robotik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved