Pekerja maut ketika selenggara menara telekomunikasi

LocalTechnology
23 Aug 2026 • 8:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pekerja maut ketika selenggara menara telekomunikasi
Seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah menara telekomunikasi di Kampung Juru, Simpang Ampat, Bukit Mertajam. Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah menara telekomunikasi di Kampung Juru, Simpang Ampat, Bukit Mertajam.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Hairozie Asri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang, 11 Ogos lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai melalui sebuah tapak struktur menara telekomunikasi sebelum terjatuh ketika menuruni struktur berkenaan dari ketinggian kira-kira 63 sentimeter.

“JKKP Pulau Pinang telah menjalankan siasatan awal pada 19 Ogos lalu bagi mengenal pasti punca serta faktor yang menyumbang kepada kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Hairozie menambah, susulan siasatan itu, pihaknya telah mengeluarkan surat arahan kepada pihak berkaitan supaya mengemukakan dokumen dan maklumat berhubung kemalangan berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 15(1), Seksyen 17(1) dan Seksyen 18B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved