Syarikat Di China ‘Reject’ Calon Yang Lahir Tahun Anjing, Sebabnya…

Entertainment
8 Aug 2024 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap syarikat pasti mempunyai syarat-syarat tertentu untuk mana-mana calon yang ingin mengisi kekosongan jawatan di situ.

Pun begitu, sebuah syarikat di China telah menetapkan syarat kepada calon yang lahir pada tahun anjing untuk tidak memohon kerja di syarikat tersebut. Syarat yang tidak masuk akal itu ternyata mengundang kecaman rakyat negara itu.

image is not available
Sumber: infokost. Id

Diskriminasi untuk calon

Syarikat yang tidak didedahkan nama dan bertempat di bandar Guangzhou, wilayah Guangdong telah menyiarkan iklan pengambilan pekerja dalam bidang pentadbiran.

Mereka menetapkan syarat kelayakan untuk mana-mana calon yang mempunyai pengalaman bekerja dan mahir menggunakan perisian di pejabat serta menawarkan gaji bulanan sebanyak 4,000 yuan (RM2,500).

Apa yang mengejutkan, iklan tersebut sudah ‘menolak’ dari awal jika ada calon yang lahir pada tahun anjing untuk tidak menghantar resume mereka.

image is not available
Sumber: unsplash

Pemilik lahir tahun naga, rasa tak serasi

Netizen menganggap syarikat tersebut telah melakukan diskriminasi secara terang-terangan. Menurut Oddity Central, pemilik syarikat itu dilahirkan pada tahun naga dan mempercayai dia tidak serasi dengan individu yang lahir pada tahun anjing.

Pengambilan pekerja yang lahir pada tahun anjing akan memudaratkan pembangunan syarikat, jadi dia secara khusus menekankan ‘orang anjing’ tidak perlu menghantar permohonan.

Bagaimanapun, isu diskriminasi bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam pasaran pekerjaan di China namun ‘diskriminasi zodiak’ ini dianggap melampau. Ramai netizen China menasihati mereka yang lahir pada tahun anjing untuk menyaman syarikat tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.