Syarikat Jepun Cipta ‘Mesin Basuh’ Untuk Manusia, Bakal Dipasarkan Mulai 2025

Design
29 Oct 2022 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah syarikat teknologi Jepun yang mengkhusus dalam inovasi bilik mandi dan dapur, baru-baru ini melancarkan rancangan untuk menghasilkan ‘mesin basuh’ untuk manusia yang dijangka akan dipasarkan menjelang 2025.

image is not available

Science Co. Ltd. yang berpangkalan di Osaka telah mengumumkan rancangannya untuk mencipta ‘mesin basuh manusia’ sebagai sebahagian daripada barisan produk Mirable. Memetik laporan Oddity Central, mesin basuh itu dinamakan ‘Project Usoyaro’, yang dilengkapi teknologi terkini untuk menghasilkan pengalaman mandi yang kompleks.

image is not available

Syarikat itu telah menyatakan bahawa matlamat Project Usoyaro bukan semata-mata untuk membersihkan badan pengguna secara menyeluruh, tetapi juga untuk menyediakan ruang penyembuhan di mana pengguna boleh berehat dengan bunyi muzik yang menenangkan dan pemandangan imej yang dipaparkan di dalam mesin.

Unit kawalan di dalam mesin basuh ini juga akan mengukur keadaan saraf simpatik dan parasimpatetik. Dengan teknologi AI terbina didalamnya yang mengumpulkan data, mesin ini akan mewujudkan suasana paling selesa untuk pengguna.

image is not available

Sebenarnya, konsep mesin basuh manusia bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat elektronik Jepun, Sanyo Electric pernah mempamerkan ‘Ultrasonic Bath’ pada tahun 1970. Mesin basuh manusia yang dipamerkan itu berupaya untuk membersihkan, mengurut dan mengeringkan pengguna dalam masa 15 minit. Walau bagaimanapun, konsep itu tidak pernah benar-benar menjadi produk komersial.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.