Syarikat jualan kereta rugi lebih RM400,000 diperdaya “phone scam”

LocalCars
26 Aug 2026 • 10:53 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Syarikat jualan kereta rugi lebih RM400,000 diperdaya “phone scam”

Kerani kewangan syarikat berkenaan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek yang menyamar sebagai pemilik syarikat.

KUALA TERENGGANU: Sebuah syarikat jualan kereta di sini kerugian RM452,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada Isnin lepas, kerani kewangan syarikat berkenaan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek yang menyamar sebagai pemilik syarikat.

Beliau berkata suspek mengarahkan wanita berusia 50 tahun itu supaya mengemukakan baki akaun dan membuat tiga pindahan wang berjumlah RM452,000 ke tiga akaun berbeza pada hari yang sama.

“Bagaimanapun sehari selepas itu, suspek mengarahkan mangsa membuat tambahan pindahan wang sebanyak RM235,000 ke satu akaun lain.

“Mangsa yang hairan dan curiga kerana permintaan transaksi yang banyak bertindak menghubungi pemilik syarikat melalui telefon untuk mengesahkan perkara tersebut, namun dinafikan,” katanya.

Azli berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada 11.19 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved