Syarikat JV milik Bumi Armada terima lanjutan kontrak sewa-carter firma minyak nasional India

Business & Finance
16 Jun 2023 • 2:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Syarikat JV milik Bumi Armada terima lanjutan kontrak sewa-carter firma minyak nasional India

johardy

16/06/2023 - 14:26

KUALA LUMPUR 16 Jun - Syarikat milik bersama Bumi Armada Bhd, SP Armada oil Exploration Private Limited (SPAOEPL) telah menerima pemberitahuan daripada firma minyak milik kerajaan India, Oil and Natural Gas Corp Ltd (ONGC), mengenai hasratnya untuk melanjutkan sewa-carter Armada Kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan Sterling II (FPSO) selama satu tahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata nilai lanjutan kontrak adalah kira-kira AS$43 juta (RM198.65 juta).

Di bawah kontrak asal yang ditandatangani antara ONGC dan SPAOEPL pada 13 Mac 2013, Armada Sterling II FPSO telah disewa oleh ONGC untuk beroperasi di medan ONGC Cluster-7 yang terletak kira-kira 210km dari pantai barat Mumbai, India, di bawah carter bagi tempoh sembilan tahun dengan tujuh pilihan lanjutan tahunan.

Carter sembilan tahun asal firma tersebut akan tamat tempoh pada 7 Mac 2024.

Bumi Armada mempunyai 49% kurang satu pemilikan saham SPAOEPL manakala Shapoorji Pallonji Energy Private Limited milik India memegang 51% campur satu saham.

Kumpulan itu berkata pelanjutan kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan Bumi Armada. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved