Syarikat kitar semula tayar dari Perak, Unioleo meterai perjanjian taja jamin dengan Berjaya Securities bagi IPO di Pasaran ACE

LocalBusiness & Finance
17 Nov 2026 • 2:06 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Syarikat kitar semula tayar dari Perak, Unioleo meterai perjanjian taja jamin dengan Berjaya Securities bagi IPO di Pasaran ACE Image from: Syarikat kitar semula tayar dari Perak, Unioleo meterai perjanjian taja jamin dengan Berjaya Securities bagi IPO di Pasaran ACE liza17/11/2026 - 14:06 Menerusi IPO itu, Unioleo bercadang menerbitkan 100 juta saham baharu, mewakili 20% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan selain menawarkan sehingga 30 juta saham sedia ada, bersamaan 6% daripada modal saham berkenaan Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 Nov – Unioleo Holdings Berhad, syarikat kitar semula tayar terpakai yang berpangkalan di Perak memeterai perjanjian taja jamin dengan Berjaya Securities Sdn Bhd bagi cadangan tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Menerusi IPO itu, Unioleo bercadang menerbitkan 100 juta saham baharu, mewakili 20% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan selain menawarkan sehingga 30 juta saham sedia ada, bersamaan 6% daripada modal saham berkenaan.

 

Daripada 100 juta saham baharu itu, sebanyak 25 juta saham diperuntukkan kepada orang awam Malaysia melalui undian, manakala 10 juta saham lagi disediakan untuk pengarah, pekerja dan individu yang menyumbang kepada kejayaan kumpulan menerusi peruntukan borang merah jambu.

 

Baki 65 juta saham baharu akan ditawarkan melalui penempatan persendirian, merangkumi 62.5 juta saham kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), manakala 2.5 juta saham lagi kepada pelabur institusi dan pelabur terpilih lain.

 

Sementara itu, sehingga 30 juta saham sedia ada akan ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan pelabur terpilih lain, menjadikan keseluruhan tawaran kepada pelabur institusi sehingga 95 juta saham.

 

Di bawah perjanjian taja jamin itu, Berjaya Securities akan menaja jamin sebanyak 35 juta saham baharu yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia melalui undian dan peruntukan borang merah jambu.

 

Berjaya Securities turut bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal bagi IPO Unioleo.

 

Berpengalaman 15 tahun dalam kitar semula tayar

Unioleo, menerusi anak syarikatnya, terlibat dalam pengeluaran bahan api industri alternatif melalui aktiviti kitar semula tayar terpakai dan pemprosesan bahan yang diperoleh semula.

 

Unioleo memproses tayar terpakai menggunakan teknologi pirolisis bagi menghasilkan minyak, karbon hitam dan dawai keluli yang boleh digunakan semula untuk keperluan industri.

 

t

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Unioleo, Peng Shuangjin berkata pemeteraian perjanjian taja jamin itu merupakan langkah penting dalam perjalanan syarikat ke arah penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Beliau berkata, IPO berkenaan akan memperkukuh kedudukan kewangan kumpulan serta menyediakan sumber bagi menyokong fasa pertumbuhan perniagaan seterusnya.

 

Rancang bina kilang baharu di Pantai Timur atau selatan

Menurutnya, kumpulan itu telah meningkatkan kapasiti operasi secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu selain membina asas pelanggan daripada pelbagai industri.

 

Pengalaman dalam sektor kitar semula turut membolehkan kumpulan membangunkan keupayaan untuk memenuhi keperluan pelanggan sambil mengekalkan bekalan produk yang diperoleh semula secara konsisten.

 

Bagi fasa pengembangan seterusnya, Unioleo merancang membangunkan sebuah kilang kitar semula dan pemprosesan baharu sama ada di Pantai Timur atau wilayah selatan Semenanjung Malaysia.

 

Peng berkata, pembangunan kilang itu akan meningkatkan keseluruhan kapasiti pemprosesan kumpulan, memperluaskan liputan geografinya ke luar Perak serta membuka akses kepada sumber tambahan tayar terpakai.

 

Ketika ini, Unioleo mengendalikan tiga kilang kitar semula yang menggunakan teknologi pirolisis bagi mendapatkan semula bahan bernilai daripada tayar terpakai. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved