Syarikat Pemula Mahu Membina Pusat Data Didalam Kincir Angin Di Laut Utara

TechnologyEnvironment
9 Mar 2026 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pusat data dan mesin pelayan yang disejukkan oleh rendaman dalam lautan bukanlah sebuah konsep yang baru. dengan syarikat-syarikat seperti Microsoft dan sebagainya memperlihatkan konsep tersebut.

Terkini, sebuah syarikat pemula Amerika Syarikat yang bernama Aikido Technologies yang membina kincir angin di atas permukaan laut baru-baru ini membuat keputusan untuk juga menggunakan kincir angin tersebut sebagai lokasi pusat data yang akan disejukkan menggunakan air dari Laut Utara (North Sea) menjelang penghujung tahun 2026.

Keunikan kincir angin ini ialah ia hadir dengan tiga tapak kaki yang diisi dengan air untuk mematikan ia kekal terapung, dan untuk mengelakkan ia daripada dibawa angin ke tengah lautan, kaki-kaki ini juga dirantai ke dasar lautan.

image is not available

Menurut Aikido Technologies, mereka juga mahu merumahkan pusat data didalam setiap kaki pelampung kincir angin ini, dan mengatakan bahawa setiap satu daripadanya boleh merumahkan pusat data dengan kapasiti penggunaan kuasa 3-4MW, membolehkan setiap kincir angin ini hadir dengan pusat data dengan kapasiti penggunaan kuasa sehingga 12MW.

Bagaimana penyejukan ini berfungsi ialah dengan air yang terkandung didalam pelampung tersebut akan digunakan untuk menyejukkan komponen-komponen mesin pelayan. air panas tersebut kemudiannya akan disejukkan oleh air laut sekeliling, membolehkannya digunakan semula untuk menyejukkan mesin pelayan sekali lagi. Dalam pada itu, mesin penghawa dingin akan digunakan untuk menyejukkan bahagian-bahagian yang tidak ditenggelami air.

image is not available

Pemasangan kincir angin ini juga dilihat cukup pantas sekali. Pemasangan di Laut Utara dijangka akan mengambil masa dalam masa kurang dari seminggu menggunakan kaedah flat pack, dan boleh diintegrasikan kepada rangkaian dalam masa dua jam selepas siap dipasang.

Cabaran menggunakan kincir angin ini sebagai sumber kuasa sebuah pusat data ialah kadar aliran angin yang tidak menentu, bergantung dengan keadaan musim. Ada kalanya ia akan membekalkan tenaga yang lebih dari mencukupi, tetapi ada juga ketika apabila kincir tersebut tidak akan menghasilkan kuasa yang mencukupi untuk kegunaan pusat data.

Untuk mengatasi masalah ini, tenaga berlebihan akan disimpan didalam bateri, yang akan digunakan untuk waktu apabila kincir angin tidak berfungsi secara optima. Ia juga boleh disambungkan ke grid kuasa di atas darat untuk meneruskan operasi sekiranya kuasa bateri juga tidak mencukupi.

Mehurut mereka lagi, bukti konsep kincir angin dan pusat data ini akan diperlihatkan untuk kali pertama sekitar musim panas tahun ini, dimana ia akan mula diperlihatkan di luar persisiran pantai Norway.