Syarikat telekomunikasi sokong insentif pascabayar Rahmah untuk pengamal media

7 Sep 2023 • 9:01 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan YES hari ini menzahirkan sokongan mereka terhadap Insentif Pascabayar Rahmah untuk Pengamal Media sempena sambutan Hari Malaysia.

Pengendali telekomunikasi terbabit dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan bahawa insentif itu selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI selain menunjukkan sokongan kepada pengamal media Malaysia.

“Insentif ini, dalam bentuk rebat sekali beri selama sebulan bagi September, akan disediakan kepada lebih 10,000 pengamal media yang memegang Kad Perakuan Media yang aktif daripada Jabatan Penerangan Malaysia,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu juga menyebut bahawa syarikat telekomunikasi terbabit akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan bagi menyokong ketersambungan dan keperluan digital rakyat. - 7 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved