Syarikat xAI Dibubarkan – Kini Menjadi SpaceXAI, Bahagian AI Dibawah SpaceX

TechnologySpace
9 May 2026 • 10:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini menyatakan syarikat xAI telah pun dibubarkan, dan ia kini menjadi bahagian memfokuskan kepada produk-produk kecerdasan buatan dibawah SpaceX dinamakan SpaceXAI.

Image from: Syarikat xAI Dibubarkan – Kini Menjadi SpaceXAI, Bahagian AI Dibawah SpaceX

Untuk makluman, sebelum ini, SpaceX telah pun mengambll-alih xAI, iaitu syarikat memfokuskan kecerdasan buatan dan juga laman sosial X milik Elon Musk. Dengan pengambil-alihan berkenaan, sejumlah perkara dirancang oleh Elon Musk, termasuk untuk membentuk pusat data di angkasa.

Perubahan nama ini dilihat berlaku selari dengan pengumuman kerjasama SpaceX dan juga Anthropic, dimana Anthropic akan menguna-pakai adi-komputer milik SpaceXAI dalam mendapatkan kapasiti pemprosesan tambahan untuk model kecerdasan buatan mereka.

Selain kerjasama dengan Anthropic, SpaceX juga baru-baru ini telah menyatakan kerjasama dengan Cursor, selain turut mengumumkan kerjasama dengan Tesla untuk TeraFab.

— Elon Musk (@elonmusk) May 6, 2026