Google DeepMind Membeli Pegangan Saham Pada Syarikat Pembangun Eve Online

TechnologyGaming
7 May 2026 • 4:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anak syarikat pembangun teknologi kecerdasan buatan Google, iaitu Google DeepMind baru-baru ini dilaporkan telah membeli pegangan saham syarikat pembangun permainan MMORPG angkasa popular, Eve Online, menjadikan Google DeepMind sebuah pemegang saham minoriti keatas Fenris Creations, yang sebelum ini dikenali sebagai CCP Games.

CEO Fenris Creations, Hilmar Veigar Pétursson mengatakan bahawa pelaburan Google DeepMind keatas syarikat tersebut bernilai beberapa juta dolar Amerika, akan tetapi angka khusus yang dilaburkan tidak dinyatakan.

Image from: Google DeepMind Membeli Pegangan Saham Pada Syarikat Pembangun Eve Online

Pelaburan ini akan membenarkan Google DeepMind untuk menggunakan permainan Eve Online sebagai kotak pasir untuk mengkaji tingkahlaku para pemain dalam permainan tersebut. Adrian Bolton, jurucakap Google DeepMind mengatakan bahawa penyelidikan tersebut akan membolehkan teknologi AI Google untuk mempelajari bagaimana untuk membuat perancangan jangka masa panjang dan pembelajaran berterusan apabila menerima maklumat baru.

Dalam pada itu, Hilmar juga mengatakan bahawa kelak, pemain-pemain Eve Online juga boleh nantikan pengalaman gaming baharu yang dijangka akan dibangunkan bersama-sama Google DeepMind, tetapi tiada butiran mengenainya yang diketahui lagi setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved