Syasya Rizal Kongsi Momen Pertama Kali Travel Sebagai Hijabi - “Rasanya Memang Lain, Buat Saya Sedar Yang…

13 Jul 2025 • 4:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi pengalaman pertama melancong ke luar negara dengan penampilan berhijab.
 

Fasa kehidupan yang tenang


Syasya berkongsi perasaannya itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.



Menurut Syasya, dia berasa amat bersyukur apabila dirinya kini melalui fasa kehidupan yang lebih tenang selepas membuat keputusan untuk berhijab.

“Pertama kali melancong sebagai hijabi… dan subahanallah, rasa dia memang lain. Dari gaya tudung depan cermin hotel sehinggalah angin sejuk yang menyapa hijab saya di tengah-tengah bandar Yunnan, semuanya rasa begitu istimewa sekali,” tulis.


Pernah rasa ragu-ragu


Bagaimanapun kata Syasya, pada awalnya dia pernah berasa ragu-ragu dengan imej baharunya kerana bimbang penampilannya akan menjadi kurang menarik.

“Kadang-kadang ada masanya saya tertanya-tanya, bolehkah saya kelihatan comel? Bolehkah saya berasa yakin? Adalah orang akan pandang saya berbeza?

“Tetapi hari ini buat saya sedar. Berpakaian sopan itu tidak akan membuatkan kita ‘malap’. Sebaliknya memberikan kita lebih ‘cahaya’.


“Kita masih lagi boleh nampak manis, masih lagi boleh bergaya dan menjadi diri sendiri,” coretnya.


Makna penghijrahan


Dalam hantaran yang sama, Syasya mengakui penghijrahannya itu telah memberikan maknanya yang lain buat dirinya.



“Alhamdulillah untuk perjalanan ini. Untuk ketenangan ini, untuk definisi baharu tentang kecantikkan, lembut, ringkas dan sepenuh hati,” tulisnya.



Berikut merupakan perkongsian penuh Syasya: