
KUALA LUMPUR: Pelakon Syatilla Melvin memanfaatkan platform Threads dengan berkongsi petikan ulama yang menyentuh diri sebagai peringatan bersama.
Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, tidak hairan sekiranya media sosialnya dianggap tidak estetik asalkan dapat dimanfaatkan untuk memberi peringatan agama.
“Saya memang ada masalah mahu menyusun ayat dan pengikut saya pun tahu saya jenis bersepah. Jadi, untuk ingatkan orang pasal solat dan kebaikan, saya petik sahaja daripada ulasan ulama dan ustaz yang saya baca.
“Mana-mana ayat yang bila saya baca rasa menusuk ke kalbu, saya akan kongsi di Threads. Saya rasa mungkin Allah sudah dorong saya untuk guna platform yang ada ini ke arah kebaikan,” tulisnya.
Mengulas mengenai hantaran media sosial yang banyak berunsur keagamaan, Syatilla menegaskan perkongsian itu dibuat secara ikhlas dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau menganggap dirinya sudah cukup baik.
“Saya guna platform ini betul-betul lillahi ta’ala dan bukan mahu tunjuk diri saya dulu teruk atau sekarang dah baik. Saya cuma harap platform ini dapat bantu tambah saham akhirat.
“Threads ini bolehlah kita katakan sebagai satu platform untuk kita saling menasihati orang juga. Saya gunakan sahaja,” katanya. -UTUSAN
The post Syatilla Melvin rajin ambil petikan ulama, kongsi bersama peminat di Threads appeared first on Utusan Malaysia.






