Sydney Sweeney Dikecam Atlet Wanita, Iklan Sukan Terlalu Seksual Didakwa Jejaskan Imej Wanita Dalam Sukan

EntertainmentSports
15 Sep 2026 • 1:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Hollywood, Sydney Sweeney menerima kritikan daripada beberapa atlet wanita selepas tampil dalam sebuah kempen iklan berkaitan ramalan sukan yang dianggap terlalu seksual.

Kempen berkenaan dihasilkan untuk Novig, sebuah platform pasaran ramalan sukan di Amerika Syarikat.

Advertisement

Menerusi beberapa foto dan video yang dimuat naik, Sydney dilihat bergambar tanpa pakaian atau dengan pakaian yang sangat minimum sambil memegang peralatan sukan seperti bola American football, raket tenis dan kayu besbol.

Dalam salah satu foto, pelakon berkenaan turut dilihat berbaring di atas sebiji bola keranjang.

Malah, salah satu video iklan yang dimuat naik menerusi Instagram Reels Novig dilaporkan meraih sebanyak 37 juta tontonan dalam tempoh empat hari.

Bagaimanapun, konsep kempen tersebut mengundang rasa kurang senang beberapa atlet wanita yang menyifatkannya sebagai terlalu seksual dan tidak menggambarkan realiti sebenar dunia sukan wanita.

View this post on Instagram

Peluncur ombak Australia, Felicity Palmateer berkata kempen tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap atlet wanita, termasuk golongan muda yang baru mahu menceburi bidang sukan.

Menurut Felicity, atlet wanita mahu dihargai berdasarkan kemampuan dan pencapaian mereka, bukannya rupa fizikal.

“Kami mahu dihargai kerana apa yang kami mampu lakukan, bukan kerana rupa kami.”

Perenang Australia yang juga pemenang pingat Olimpik sebanyak empat kali, Ariarne Titmus turut meluahkan rasa marah terhadap kempen tersebut menerusi Instagram Story.

Menurutnya, iklan tersebut bukan sahaja mengecewakan wanita yang menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mengasah kemahiran dalam sukan, malah turut memberi gambaran yang salah mengenai nilai sebenar sukan.

Dia menyifatkan sukan sepatutnya berkisar tentang semangat berpasukan, persahabatan, dedikasi, kecemerlangan dan perpaduan.

Kontroversi tersebut kini mencetuskan perdebatan mengenai cara atlet dan wanita digambarkan dalam kempen pemasaran, khususnya apabila melibatkan industri sukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelancong2026-09-15 11:22:19

“Negara Paling Ras*s Pernah Saya Lawat” – Pelancong AS Dakwa Terima Layanan Berbeza Di Malaysia, Namun Akui Makanan Lokal Tetap Terbaik

The post Sydney Sweeney Dikecam Atlet Wanita, Iklan Sukan Terlalu Seksual Didakwa Jejaskan Imej Wanita Dalam Sukan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved